Skip to main content

.:: Adab MaSuK TanDaS ::.



Jadi Insyaallah...
Sedikit perkongsian dalam waktu yang singkat ini...

Adab masuk ke tandas. Bunyinya macam terlalu biasa. Mungkin ada yang akan cakap,

"Alah, dah tau dah...."

Tapi bagaimana? Sudahkah kita dapat mengamalkannya dengan sempurna? Sesungguhnya ketahuilah jika kita masuk ke tandas dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W maka ianya akan menjadi ibadat & mendapat pahala daripada Allah S.W.T.

Adab - adab:-

1 - Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah sebelum masuk.

2 - kita masuk ke dalam tandas menggunakan kaki kiri, dan keluar menggunakan kaki kanan.

3 - Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita.

4 - Jangan bercakap - cakap waktu sedang dalam tandas. (jangan sebut nama Allah, sahut salam, & selawat.)

5 - Jangan melihat najis. (hilang nur)

6 - Jangan makan atau minum dalam tandas. (ish3)

7 - Disunatkan berdehem 3 kali bagi yang membuang air kecil supaya keluar semuanya.

8 - Apabila dah sempurna hajat maka jangan lupa baca doa keluar tandas sewaktu keluar.

9 - Berjaga - jaga dengan air percikan najis. (Rasulullah ada bersabda, kebanyakan seksa dalam kubur adalah disebabkan istinjak yang tidak berhati - hati).




P/S:- Sama - sama mengamalkan sunnah baginda Rasulullah.


Ditulis di,

Comments

RuMaH TuA said…
Boleh tambah kalau ada yang kurang...
Nsyaallah...
SHM said…
perkongsian yg berguna...
RuMaH TuA said…
SHM:-
Sama2 beramal...
Nsyaallah...
ana_liyana said…
Salam..syukran ya! bermanfaat..baru tao yg kne baca doa sblom masuk tandas beberapa lgkah seblom pintu masuk.. :D
Al - Mu'allim said…
Perkongsian yang baik.

Mudah dilakukan namun tidak ramai yang melakukan. Ajaran Islam bukan hanya berkisar tentang ibadat khusus semata-mata bahkan merangkumi segala aspek kehidupan.

Sama-sama amalkan. InshaAllah
Iman said…
Salam....bagus entry ni...
kadang2 benda yg kecil ni kita tak jaga,akan menjadi parah...
sebelum berangan tok menjadi daie, better kita jaga adab2 yg kita anggap remeh ini..
RuMaH TuA said…
Ana_liyana:-
Salam jugak...
afwan...
(",)


Al_Mu'allim:-
Nsyaallah...
sama - sama kita amalkan keseluruhan agama dalam keseluruhan kehidupan kita...


Iman:-
Salam jugak...
Nsyaallah...
Tingkatan orang yang bertaqwa itu adalah yang sentiasa mencari yang terbaik...
Ismi Ijmi said…
sangat penting untuk jaga pakaian dari terkena kotoran.
RuMaH TuA said…
Ibnu Mutalib:-
Sentiasa berhati - hati dalam soal berkaitan ibadat kita... (",)
M.Mariyatul said…
assalamualaikum ukhti.
Alhamdulillah.. perkongsian yang sangat berguna.
syukron jazilan. jazakALLAH khoir. ((^_^)) ♥
Anonymous said…
untuk mengelak najis yang mungkin terlekat pada pakaian yang dipakai (tanpa sedar), diharuskan menukar pakaian yang bersih ketika ingin bersolat & melakukan sebarang ibadah, wALLAHualam.
RuMaH TuA said…
Anonymous:-
Syukran untuk perkongsian...

"Sesungguhnya tingkatan bagi orang yang bertaqwa itu adalah yang sentiasa mencari yang paling baik"

(",)
RuMaH TuA said…
M.Mariyatul:-
Wa'alaikumussalam...
Afwan ya ukhti...
Jemput baca n3 lain juga...

Popular posts from this blog

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.

Assalamualaikum... Moga hanya yang baik-baik dari Allah. --------------------------------- Saat manusia memandang kepada luaran. Hanya Allah sebagai penilai. --------------------------------- Segmen Saya Follow U, U Follow me. --------------------------------- Sebab bersegmen. 1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox. Terutama ayat 'kalau ader kesudian'. (^__^)y Oh no... Oleh sebab ayat ni juga,  sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi. Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali. (^_^)y 2. Baru perasan. Selalu blogwalking ke blog mselim3. Klik link segmen follow mengfollow ni. Senyum jela sebab yakin da follow. Then, da masuk blog orang tu. Saja-saja klik butang follow. Nak pastikan da follow. Apanye... La... Belum follow rupanya. Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow. Ehem! Sedang kita memang duk follow. Kan. Kan. Ek.#!^$ ---------------...