Skip to main content

Posts

.:: NuR ::.

Assalamualaikum,,, Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita. Kerana kesihatan itu nikmat yang paling besar setelah iman. ^^, ---------------------------------------------- Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ---------------------------------------------- Pesan. Peringatan seseorang buat diri ini, "Perasan tak... Allah jadikan setiap amalan keranaNya itu mengandungi nur. Jika amalan itu kita laksana, pasti nur itu terbias pada wajah kita. Andai kita tidak memelihara keadaan nur itu. Pasti ia akan hilang."  "Nak kekalkan nur tu jangan lupa, jaga pandangan. Jangan biarkan ianya memandang kepada bukan milik kita. Bukan mahram kita. " Dengan nada yang sama,  sambil menambah pesanan, Lebih kurang begini, "Tapi jangan pula beramal kerana nur itu, beramallah kerana DIA yang satu" ---------------------------------------------- .... Hem .... Terfikir-fikir apakah nur itu mengena...

.:: CaRa MeNiTi ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan sahabat-sahabat sihat iman serta tubuh... ^^, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Atas semua pilihan nikmat dan ujian yang diberi. ---------------------------------------------- "Ketika manusia sama-sama sihat,  mereka sejajar dalam iman, tetapi apabila bencana menimpa, terdedahlah siapa yang benar-benar kukuh imannya" Meniti . "Hem... Sabarnya dia. Tak nampak nangis pun...(ni pun banyak versi ok)" Sedang sabar itu tika dia berjalan di atas titian ujian. Bagaimana dia menyediakan diri untuk menghadapi perjalanan di atas titian itu tadi.  Contoh mudah. Remaja tadi kalau lelaki dia seorang yang benar-benar bersabar apabila dia masih mampu solat berjemaah di masjid walaupun tanpa si ayah tadi (yelah, dulu-dulu ada tukang paksa ke masjid). Remaja tadi kalau pula seorang perempuan dia benar-benar bersabar apabila masih mampu menjaga solat awal waktu (kan dulu-dulu ada tukan...

.:: PaNdaNgaN ::.

Assalamualaikum,,, Insyaallah, sedikit perkongsian pada kali ini. Sebelum itu, apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam rahmat serta lindunganNya. ------------------------------------------- PandanganNya. Kita adalah yang dicipta. Dia adalah yang mencipta. Oleh itu, sudah tentulah Pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptaNya.  Beringatlah, kita ini sentiasa berada dalam pengawasanNya. Dan kita tidak akan pernah dapat bersembunyi daripada pandangan Dia. Sesungguhnya Dia Maha Melihat. ------------------------------------------- Rancangan . Sejauh mana rancangan-rancangan rahsia kita dapat dirahsiakan? Sedangkan Allah bersama kita ketika kita merancang sesuatu perkara itu. Walau sekecil-kecil rancangan. وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. (An-nisa' 4: 108) ------------------------------------------- Sedar Diri. Oleh itu, sedar diri. Sedar diri yang kita ...

.:: PuIsI BuaT AiMaN ::.

Assalamualaikum,,,  Kali ini, puisi balasan buat Ummu Aiman, teman sebilikku.  Erm,, tak tau la jadi ke tak Mek Mu ea... Lihat  sini , tulisannya untukku... ------------------------------------- Syukurku panjat padaMu, Kerana dia sebagai temanku, Teman pengingat kematian... Kerana sebenarnya, Yang namanya hari lahir itu, Aku lebih dekat untuk bertemuNya... Benar... Andai 4 tahun dahulu kau seorang kawan, Kau hanya seorang teman, Tetapi kini padaku, Kau bukan lagi kawan, Mahupun teman, Kau lebih dari itu.... Kau adalah Sahabat... Tidak! Bukan aku memimpinmu, Bukan jua dalam pimpinanmu, Tetapi... Sama-sama berpimpin, seiring, dalam menuju Dia.... Sahabat... Bukan untuk semalam, Bukan untuk hari esok, tetapi dirimu untuk selamanya, Selama di sini, Juga di sana yang abadi... Kerana harapan kamu itu, Aku menjadi terharu, Insyaallah bersamamu,  Akanku usaha biar menjadi guru itu.... ...

.:: HaMpiR ::.

Assalamualaikum,,, Alhamdulillah, syukur kerana punya kesempatan untuk menulis sesuatu di sini. Mukadimah yg lebih berhati-hati.   ----------------------------------- Hampir . Insyaallah, sedikit perkongsian pada petang ini tentang adab. Sekadar memetik salah satu sunnah Rasulullah ketika makan. ^^, Apabila kita makan, hendaklah mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu. Sabda baginda, يا غلام سم الله, وكل بيمينك, وكل مما يليك “Wahai budak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu" (muslim) Andai waktu sedang mula makan, tangan anda yang cumil itu tiba-tiba terangkat & terniat untuk menjangkau jauh ke seberang, cuba bayangkan rasulullah menegur anda dengan kata-kata itu. Insyaallah, secara automatiknya tangan itu terpelihara & berpahala. Kan?~~ ----------------------------------- Budak Baik. Teringat satu peristiwa ketika keluar jemaah masturat. Salah seorang anak ...

.:: HaiLaa... ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Mudah-mudahan sentiasa dibawah lindunganNya.  Alhamdulillah, sedaya upaya saya mencuri sedikit waktu untuk menulis di sini. Wah! Perkataan 'curi' tu macam sangat-sangat sibuk je. Waktu. Menyebut perkataan waktu ni teringat pula cuti baru ni dalam bayan abah. Katanya masa ini makhluk. Allah boleh panjang dan pendekkannya. Disebut 24 jam, tetapi keberkatannya bergantung kepada amalan kita.  Yelah, bukan semua yang si A lakukan mampu dilakukan si B walaupun punya jumlah waktu yang sama. Kan~~~ Contoh. Melihat contoh yang baik, sahabat-sahabat baginda. Bagaimana mereka boleh khatamkan seluruh al-Quran dalam satu solat sahaja. Bagaimana Uthman dapat menghabizkan al-Quran dalam satu rakaat witir. Disinilah keberkatannya. Nampak? Allah panjangkan waktu itu. Bagaimana pula dengan saya? Sedikit sahaja tuntutan yang menanti, tetapi berani menggunakan perkataan 'curi'. Haila iqa... "الرجاء ما قارنه عمل. وإلا,...

.:: T8 CaRe ::.

Assalamualaikum,,, Perjuanganku . Alhamdulillah. Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita berada dalam rahmatNya. Alhamdulillah sekali lagi kerana saya telah selamat menjalani satu lagi praktikum di sekolah. Guru-guru di situ sangat best! Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Izwan kerana banyak membantu, yelah selaku satu-satunya guru Bahasa Arab di situ. ^^,  ----------------------------------- Perjuangan dia. Selamat ke German Hafiz! Moga dipeliharaNya. Dakwah & studi sungguh-sungguh. Huu... Sayu hati mengenangkan jauhnya teman bergaduh. (T_T) Tata~~~~ Istiqomah dalam usaha agama di sana ye... Herm,,, Teringat cerita dia waktu mula-mula masuk,  dia satu-satunya yang buat usaha dalam batch dia. Isk3 Hari ini, tika dia berangkat ke sana... separuh dari gang GAPP dia istiqomah dalam dakwah ini. Insyaallah akan dipermudahkan urusan kalian di sana.  Amin~~~ Da boleh panggil u all karkun German la kot? ----------------------------...