Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

.:: AwaK BeRaPa HaRgA?? ::.

Awak berapa harga? 20 sen, 40 sen? Ke RM 5? Ish3… ingat harga apa ni… Harga kat sini harga diri la… Bukan harga gula – gula seposen dua tu. HARGA DIRI. Panjang kalau nak disebutkan tentang harga ini. Dipendekkan ceritanya, Harga diri turut boleh diistilahkan kehormatan. Bagaimana dengan harga diri anda? Saya mengingatkan diri dan anda semua bahawa kehormatan merupakan perkara yang penting. Kehormatan diri ini bukan sahaja melibatkan diri kita tetapi juga orang lain. Oleh itu, jangan kita lupa untuk memelihara kehormatan diri kita dan kehormatan orang lain juga…. Kehormatan = Wanita ??? Apabila menyebut tentang kehormatan diri, ramai yang akan bercakap tentang wanita… Kenapa ya? Allah berfirman, “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa – apa yang diinginkan iaitu wanita, anak – anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik” Sesungguhnya tingg

.:: Nak BaGi ke Tak NaK? ::.

Sakit kepala, hati, poket bila masuk bab nak bagi ke tak nak ni…. Kalau tak bagi nanti orang cakap kedekutla, haji/hajah bakhil la, tangkai jering & macam-macam lagi la. Oleh itu, dah ‘TER’paksa bagi. Huu… Cop! Cop! Cop! Apa yang nak bagi or tak ni? Jadi,Insyaallah pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai sedekah. Sedekah merupakan satu amalan yang mulia, disukai Allah juga sunnah Rasulullah s.a.w. Sedekah juga merupakan salah satu alat pembersih dosa yang boleh mengembalikan kebersihan dan cahayanya apabila seseorang muslim itu dalam sesuatu dosa dan merasakan bahawa dosa itu telah menjauhkan dia dan Allah. Bila agaknya sedekah kita tu paling mulia? Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, sedekah bagaimana yang paling mulia?” Baginda s.a.w bersabda; “Engkau bersedekah dalam keadaan sihat, bakhil, takut miskin & ingin kaya. Jangan engkau tunda sedekah itu hingga ketika roh sudah berad

.:: uLaT SuTeRa = MaNuSiA ::.

Apa kaitannya ulat sutera dengan manusia?............ ulat sutera buat baju suteralah,,, Manusia buat apa? Ulat sutera = manusia #!*?!^?!"> Macamni, ulat sutera hidup sebelum makanannya iaitu pohon murbei tumbuh. Jika daun pohon itu menghijau, rohnya mengalir juga di dalam daun itu = roh manusia ada sebelum jasadnya. Kemudian ia berproses dari satu keadaan kepada keadaan yang lain = perkembangan bayi/kanak-kanak(kita la ni). Setelah itu, ia diam tertidur = tidak ubah seperti anak Adam yang lalai dan tidak mengetahui akibat – akibat perbuatannya. Then, barulah ia terkejut dan mencari makanan dengan rakus = tidak ubah seperti manusia yang tamak terhadap dunia. Kemudian, ia membungkus jiwanya = bagaikan manusia yang tertutup oleh dosa – dosanya. Ia menjadi tawanan = bagaikan mayat yang tersimpan dalam kuburnya. Akhirnya, ia mengecut dan keluar dalam bentuk makhluk lain = ahli kubur yang bangkit dari kuburnya. Seorang sahabat utama Rasulullah, Muaz bin Jabal pern

.:: SoMbOnG BeRLaGaK!! ::.

Pernah terjumpa orang yang sombong? Apa ciri – ciri mereka yang anda dapat lihat? Atau mungkin anda sendiri seorang yang sombong? Kalau sombong pun, ada yang nak mengaku ke… Seseorang itu mudah dicop ‘sombong’ ‘berlagak’ apabila dia itu seorang yang suka meninggi diri, kalaupun dia itu tidak meninggi diri, dia juga suka untuk meremeh – remehkan orang lain. Alahai… tak berkenanlah orang macam ni. Mari kita sama – sama menilai diri kita. Adakah kita seorang yang sombong? Sombong kepada manusia? Sombong kepada Allah? Orang sombong ni…. Susah nak terima nasihat orang lain. Merasakan dirinya hebat. Pandangan dia sahaja perlu diterima. Suka bercerita tentang keistimewaan diri sendiri. Tak suka dengan orang susah. Berkawan ada kepentingan. Susah mengakui kesalahan sendiri, so susah minta maaf. Tidak suka menerima nasihat. Maka, nilai la diri kita ini. Ibnu Abbas ada menyebut yang Rasulullah itu biasa duduk di atas tanah, mengikat kambingnya & memenuhi undangan h

.:: LiDaHkU & LiDaHmU ::.

Pada hari ini saya memilih untuk berbicara tentang LIDAH kerana baru – baru ini ada diantara sahabat seperjuangan saya yang meminta pandangan tentang lidah kita semua pada hari ini. Pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Betul tak? Lidah (AL-LISAN) yang dimaksudkan di sini adalah satu simbol kepada ucapan atau perkataan yang keluar dari mulut. Lidah kita ini kalau tak dikawal, ianya boleh digunakan untuk perkara yang jahat. Malah, jika tersalah guna, bahaya juga diundang. Baginda Rasulullah banyak mengingatkan kita tentang menjaga lidah ini dalam pelbagai hadith. Antaranya, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari Muslim) "Jaga lidah untuk jaga ukhwah" Senang cerita la, DIAM ITU EMAS. Dalam hadith lain juga ada yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad itu tidak berbicara melainkan yang benar sahaja. Peringatan untuk d

.:: MeNjaGa PeRuT ::.

Al-Batn(perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram…. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram). Nabi S.A.W ada bersabda; “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya” Penggunaan kata an-nar(neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah. Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik. Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar. “Pa

.:: 10 Perangkap Syaitan ::.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan d

:: 4 PeRkaRa SuLiT ::

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah... Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka.... 1. Akal boleh hilang disebabkan marah. 2. Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3. Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain. Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:- 1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya. 2. Para ahli waris akan menarik hartanya. 3. Ulat akan menarik tubuhnya. 4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA. Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam: 1. Memberi maaf pada waktu marah. 2. Suka memberi pada waktu susah. 3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya. Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empa

::BeRsYuKuR???::

The Very Good Short Film To Watch don't miss it http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte P/S:- Belajarlah Bersyukur... Ditulis di,

::DeBatE::

Luv u all... ila n d gang* hebat... *ida(makcik) *im(tokey sayur) zati- Pakai baju baru( x berapa nak zuhud daa)... tiQah- tokey baju muslimah(tgk baju r)... keyra- tokey tudung + extender (x boleh nak pki xtender)... ku - control(jangan mara)... mudah - mudahan Allah mantap & tetapkan iman kita... akhirul kalam bilkalimatut toiyibah... allahumma amin 2x... Ditulis di,

::ZaRah pun BerPasanGan::

"MahaSuci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasabgab, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang mereka tidak ketahui," (Surah Yassin,36;36) Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah mencipta setiap makhluk di bumi ini secara berpasang-pasangan. Itulah fitrah alam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Malangnya, akibat daripada ideologi sekularisme yang dibawakan oleh kaum Yahudi, kita sering mengasingkan ilmu sains dan ajaran Al-Quran. Hakikatnya, segala teori dan kajian yang sedang kita pelajari pada masa kini telah lama diterangkan di dalam Al-Quran. Salah satu buktinya adalah berkenaan susunan elektron dalam sesuatu atom. Menurut teori struktur Lewis yang diperkenalkan oleh Gilbert N. Lewis pada tahun 1916, setiap elektron yang terdapat di dalam sesuatu atom akan disusun secara berpasang-pasangan. Elektron yang tiada pasangan akan dikenali sebagai elektron persendirian (lonepairs electron). Kajian pula menunjuk