Skip to main content

.:: BuKaN DuNiA sEbaGai GanTi ::.

Selamat menjadi TUA dari RUMAH TUA buat semua...
Teringat pula ingatan dari seorang sahabat...


Sahabat : Siapa orang yang paling bijak?
BaiTiL a'TiQa : Apa jawapan? (diri yg lemah)
Sahabat : Orang yang paling banyak mengingati mati.


ketahuilah...
"orang2 yang selalu mencari redha Allah dan merindukan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, tidak akan menerima dunia sebagai ganti dari keredhaannya."



Ingat,,,
  • "jika bersedih hati, panggillah jiwamu dengan harapan sebagai janji kerana kebaikan bagi jiwa adalah adanya janji.....
  • jadikan harapanmu menjadi perisai atas serangan putus asamu hingga waktu-waktu akan menghapus kesedihan itu....
  • tutuplah dirimu terhadap orang yang sering duduk bersamamu kerana mereka selalu iri dan berdengki....
  • tidak perlu bimbang akan berlaku sesuatu sebab ini akan membuat orang yang hidup, mati sebelum kematian itu sendiri...
  • kesedihan itu tidak akan kekal...
  • seperti juga kesenangan tidak akan kekal...
  • seandainya bukan kerana hal yang mempengaruhi jiwa....
  • pasti tidak akan ada hidup yang lurus bagi orang yang terjaga...


"Sama -sama mengingati mati "


Ditulis di,

Comments

Al - Mu'allim said…
Salam 'alaik

InshaAllah, jika kita mengingati mati timbul rasa takut untuk melakukan dosa.

Mati datang tidak mengira masa, tidak mengira usia mahupun kesihatan. Moga kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
RuMaH TuA said…
Al-Mu'allim:-

Salam 2...

Insyaallah sama - sama kita berusaha menambah amal, agar bertambah iman, mudah menghadapi sakratul maut...
RuMaH TuA said…
Menusuk hati:-
Selamat juga buat anda...
Nsyaallah sama - sama mohon doa...

Popular posts from this blog

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3 Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama. Any ques? p/s:- Selamat Berpuasa.... Ditulis di,

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...