Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

.:: PeRmiNtaAn BuaT SeMuA PeMbACa ::.

Bismillahirohmanirrahim… Salam buat semua pembaca – pembaca blog BaiTiL a’TiQa yang sentiasa dikasihi Allah. Insyaallah, pada hari ini tiada sebarang perkongsian ilmu tetapi lebih kepada perkongsian rasa & permintaan saya kepada pembaca sekalian. Mudah – mudahan ada kebaikan yang Allah sediakan buat kita. Saya telah masukkah satu puisi yang dulunya dikirim oleh salah seorang sahabat saya kepada saya dikala saya dalam satu permasalahan dunia sebagai tanda ingatan. Jadi, dengan rasa yang sama, kasih yang sama, cinta yang sama, akidah yang sama, maka saya titipkan puisi yang sama buat sahabat yang gundah hatinya, yang sedang berjuang untuk pulihkan jiwa…. Titipan khas buat Sahabat, Zati Bayani Mohd Jaafar (Allah sentiasa berada bersama kita, kuatkan jiwa) Ku Fasehah Ku Zahari (Ujian & cubaan yang diberi tanda kasihNya) PUISI ( SAHABATKU) sahabatku……… seberat apapun masalahmu, sekelam apapun beban hidupmu, jangan pernah berlari darinya, ataupun bersembunyi, agar kau tak akan b

.:: Adab MaSuK TanDaS ::.

Jadi Insyaallah... Sedikit perkongsian dalam waktu yang singkat ini... Adab masuk ke tandas. Bunyinya macam terlalu biasa. Mungkin ada yang akan cakap, "Alah, dah tau dah...." Tapi bagaimana? Sudahkah kita dapat mengamalkannya dengan sempurna? Sesungguhnya ketahuilah jika kita masuk ke tandas dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W maka ianya akan menjadi ibadat & mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Adab - adab:- 1 - Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah sebelum masuk. 2 - kita masuk ke dalam tandas menggunakan kaki kiri, dan keluar menggunakan kaki kanan. 3 - Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita. 4 - Jangan bercakap - cakap waktu sedang dalam tandas. (jangan sebut nama Allah, sahut salam, & selawat.) 5 - Jangan melihat najis. (hilang nur) 6 - Jangan makan atau minum dalam tandas. (ish3) 7 - Disunatkan berdehem 3 kali bagi yang membuang air

.:: IbAdAh HaTi VS IbAdAh FiZiKaL ::.

~ Assalamualaikum… ~ Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir Yang ke 20 buat UMMU AIMAN SEMAN. ~ Sahabat dunia & akhirat. ~ Moga – moga Allah permudahkan urusan dunia & akhiratnya. ~ Minta doa dari semua juga. ~ Selamat Hari Lahir Ummu... Jadi, Insyaallah sedikit perkongsian pada kali ini mengenai ibadah hati yang mana ia dapat membesarkan ibadah fizikal. Contoh mudah, niat. Niat memiliki satu ‘gerbang’ yang bermakna dalam perkara menggandakan pahala ibadah – ibadah fizikal kita, paling malang kadang – kadang ibadah – ibadah ini hampir tidak sah tanpa kehadirannya. Allahu Akhbar!!! Ingatlah, “terdapat banyak amalan yang sedikit menjadi besar kerana niat dan banyak sekali amalan yang besar menjadi sedikit kerana niat” Oleh itu, saya dan anda semua dapat lihat niat merupakan amalan hati yang murni, yang tidak boleh dilakukan oleh anggota – anggota tubuh lain. Contoh lain, “Jika seseorang itu mati sedangkan dia itu belum pernah berjihad dan hatinya t

.:: HiKmAh SuJuD ::.

SUJUD MELEGAKAN SISTEM PERNAFASAN Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - me

.:: BuKaN DuNiA sEbaGai GanTi ::.

Selamat menjadi TUA dari RUMAH TUA buat semua... Teringat pula ingatan dari seorang sahabat... Sahabat : Siapa orang yang paling bijak? BaiTiL a'TiQa : Apa jawapan? (diri yg lemah) Sahabat : Orang yang paling banyak mengingati mati. ketahuilah... "orang2 yang selalu mencari redha Allah dan merindukan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, tidak akan menerima dunia sebagai ganti dari keredhaannya." Ingat,,, "jika bersedih hati, panggillah jiwamu dengan harapan sebagai janji kerana kebaikan bagi jiwa adalah adanya janji..... jadikan harapanmu menjadi perisai atas serangan putus asamu hingga waktu-waktu akan menghapus kesedihan itu.... tutuplah dirimu terhadap orang yang sering duduk bersamamu kerana mereka selalu iri dan berdengki.... tidak perlu bimbang akan berlaku sesuatu sebab ini akan membuat orang yang hidup, mati sebelum kematian itu sendiri... kesedihan itu tidak akan kekal... seperti juga kesenangan tidak akan kekal... seandainya bukan kera