Skip to main content

.:: RiYa' DaLaM uCaPaN ::.


Assalamualaikum...
Mudah - mudahan kita semua dalam rahmat Allah. Kali ini, bukan saya ingin berkongsi pengalaman tentang percutian minggu ketiga. Tetapi ingin berkongsi hasil pembacaan dari buku Rahsia Hati - Imam Al-Ghazali. (^-^) 



Riya' Dalam Ucapan,


  • Memperindahkan suaranya.
  • Mengucapkan kata - kata hikmah, hadis dan ucapan ulama salaf dengan suara yang perlahan dan menampakkan kesusahan, padahal hatinya sunyi dari kebenaran & keikhlasan.
  • Mengaku hafal hadis dan bertemu dengan guru - guru (para ulama').
  • Cepat - cepat mengatakan bahawa hadis itu sahih atau lemah supaya disangka bahawa ilmunya banyak.
  • Menggerakkan kedua bibir dengan zikir, amar ma'ruf & nahi mungkar di hadapan umum, padahal hatinya kosong dari rasa terkejut terhadap kemaksiatan.
  • Menampakkan rasa marah terhadap kemungkaran dan penyesalan terhadap kemaksiatan, padahal hatinya kosong dari rasa sakit terhadapnya.

---------------------------------------------------


Ini adalah antara riya' dalam ucapan yang dinyatakan. Mari kita semak amalan kita sewaktu kita memberi teguran, nasihat atau tunjuk ajar kepada seseorang. Berdoa kepada Allah agar dijauhkan perkara - perkara yang akan melenyapkan pahala amalan serta menambah dosa kita.


p/s:- " Mood nak study sem baru belum sampai... "


Ditulis di,

Comments

akue said…
sungguh bermanfaat perkongsian ini. semoga dapat di ambil iktibar dan insya Allah yang baik dapat kita amalkan.
zuhey said…
amat molek sekali.
RuMaH TuA said…
Huzaifah:-
Insyaallah...
Ambil iktibar, amal dan sampaikan...
(^-^)
RuMaH TuA said…
zuhey:-
Insyaallah...
Molekla kiranya kita elakkan perkara2 yang Allah tak redha...
kan..(^-^)
Iman said…
Assalamualaikum adik akk....
Nice entry dan teruskan bertinta pada jalan dakwah....
fuad ansari said…
perkongsian yg menarik.. rupa2nya, riya' ni ada macam2.. moga2 kita tidak tergolong dari golongan yg riya'..

teringat hadith..
Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat takabbur walau sebesar zarah.....HR Muslim dan Tarmidzi)
assalamualaikum...

riya` dlm ucpn...satu perkongsian yang baik buat sy dan sahabat2..semoga kita senantiasa membetulkan niat dlm melakukan sesuatu s/ada percakapan, perbuatan, dan seumpanyanya..insya Allah

selamat mencari mood blajar setelah kehilangannya selama tiga minggu (",)
RuMaH TuA said…
Iman:-

Waalaikumussalam...
Insyaallah...
"Hidup tanpa perjuangan adalah hidup dalam keaiban"



Fuad Ansori:-

Syukran untuk sedikit perkongsian...
Itula, kadang - kadang kita sendiri tak pasti atas niat apa sesuatu perkara dilakukan...
Kecuali jika dimulakan dengan basmallah... Kan...
(^-^)
RuMaH TuA said…
M. Sukri Supi:-

Waalaikumussalam...
Insyaallah...
Mari betulkan niat di jalan Allah...
Moga2 apa yang dilakukan sentiasa dalam perlindunganNYA...
Syukran... Nak cari mood belajar mesti kene hilang mood rumah... (^-^)
Norsha said…
Allahuakbar...! Moga2 kita dijauhkan dari bersifat seperti itu...
RuMaH TuA said…
This comment has been removed by the author.
RuMaH TuA said…
Norsha:-

Amin~ Amin~ Amin~
~kueh~ said…
astaghfirullah....insaf2..
entri yang mengingatkan kita:)
RuMaH TuA said…
Kueh:-

Sama2 perbaiki amalan...
Semak niat...
Moga beroleh manfaat bersama....
(^-^)

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...