Skip to main content

.:: FiKiR CinTa ::.


Assalamualaikum,,,

Ehem! Terlupa dahulu tirai cinta da dibuka (nak tertutup da kot?) Sepatutnya adala beberapa post yang mengiringi. Tapi... Menyebut Cinta je ke cik iqa ey... Isk3

Terdahulu, menyebut cinta itu menuntut pengorbanan. Kali ini menuntut pada yang halal. Cinta halal itu cinta yang berjalan di jalan keredhaan Dia. Awak-awak faham kan? (selalu bw tgk orang tulis pasal cinta ni). ^^,


----------------------------------

Realiti.

Bagaimana agaknya realiti perkahwinan itu? Terfikir-fikir... Yelah, umur pun seakan mengetuk diri menyampai pesan supaya membuat persediaan ke arah itu. 

Iqa ---> isteri? Isk3



Bukan tak tahu pandangan lelaki lebih dalam hal-hal 'besar', perempuan itu pula cenderung pada hal-hal 'kecil'. Berbeza. Yakin! Itu juga salah satu kebesaran Dia dalam penciptaanNya. Tapi... Mampukah dirimu?

----------------------------------


Kedua.

Pilihan pada kita. Ketetapan itu padaNya. Selalu dibincangkan 'andai kita diduakan'. Bagaimana pula jika dirimu Allah pilih untuk bergelar yang kedua? Pejam mata rapat-rapat bila difikirkan. Bersediakah istikharah buat dia yang telah bergelar suami?



----------------------------------


Membimbing.

Antara membimbing dan dibimbing. Mana pilihanmu? Andai dia yang perlukan bimbinganmu datang menjemputmu jadi pendampingnya, sudikah dirimu? Sedang padamu, dia yang bergelar lelaki itu wajar menjadi pembimbing, bukan yang dibimbing. Apa katamu? 


----------------------------------


Dibimbing.

Andai pula dia yang mampu membimbing hadir, tersenyumkan dirimu? Sedang dahulu doamu,

"Ya Allah, berilah dia yang mampu menjadi imam buatku,
kurniakanlah dia yang cintanya padaMu
 mengatasi cintanya padaku, 
kau jadikan dia itu penyejuk mata dan hatiku,
dia yang ............................."

Tapi saat Allah datangkan dia sebagaimana dipinta, panjang pula fikirmu. Lalu, apa sebenarnya mahumu?




(^-^)y :- "Tulisan En. mhafiz_ydin peringatan buat diri tentang rasa cinta" 




Ditulis di,

Comments

Ummu Aiman said…
aslmkum..
pabila membaca, terfikir pula, sudikah kite(p'puan) dimadukan???

ooh, sgt sukar utk dirungkai..
ia persoalan hati dan tggjawab..

dlm soal ini, betulkah "sharing is caring?"ehehe..:>

Allah tahu apa yg terbaik...
RuMaH TuA said…
Ummu Aiman:-

Waalaikumussalam,,

Perkara dalam hati... Kita & Allah sahaja yang tahu...

Alhamdulillah.... Iqa tengok dalam kelas,,, ummu & madu2 ummu memang caring...

(^_^) Allah Maha Mengetahui.

"Moga Allah kasih"
Ummu Aiman said…
iqa: maknanye kami 'pelakon berjaya' hihihi..
utk smntara waktu xpe,jgn jadi sunggoh...
mmm sy pn tfikir ttg kawen tp rse nye belum mase yg sesuai...masih perbaiki diri n disiplinkn diri utk pegg tgjwb besar tu nanti...
lg 1 calon pn Allah belum temukan lg :)
RuMaH TuA said…
Ummu Aiman:-

Nsyaallah...
Andai diuji, Dia pastikan kita mampu pada ujianNya itu....
Kan~~~

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Bulan Syurga Firausi:-

Moga proses ke arah itu Allah permudahkan.

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

(Yassin:36)

Ketetapan untuk diri, telah ditetapkan.

Moga Allah kasih.
kueh said…
assalamualaikum iqa..!
ehem!
da tEr lewat komen kat cni.huk3
entri kali ni pnuh makna tersirat..^^,ekeke..

pada pandangan aku..

kesediaan utk ke arah itu memang perlu ada. kita mampu apabila diri kita mengatakan 'ya'!

Allah..sebut sal diduakan ni..tingat lak sal madu2 kat kelas kita tu..ngeh3:P *credit to umm!
(rata2 wanita di M'sia xmahu dimadukan..mcm mana pulak tu?^^,)

aku memilih dibimbing! ngeh3..
em.
tapi jika.. membimbing itu dpt menambahkan cintaku pd-Nya, apa salah nya menerima dgn hati terbuka...cewahh~~hehe

'mahu yang terbaik buat diri ini'

berdoa dan terus berdoa moga2 Allah pelihara rasa cinta terhadapNya..amin..InsyaAllah:)

moga Allah kasih <3
Ummu Aiman said…
aiwah...btolkah????*credit to kueh...:)
RuMaH TuA said…
waalaikumussalam Ku fashe,,,

Wah3... Yang tersirat pun tau ek... :p

Ya!
Ehem! Try tanya pekerja Abang Mie (indon), nak ke dyorang? *-* Ekeke...

Ek!?
Ni nak membimbing ke yang dibimbing... Uhui...

Iqa sentiasa doakan yang terbaik buat sahabat yang satu ni... (^-^)y

"Moga Allah kasih"
kueh said…
to umm>>
hola...
i hormat pd persatuan madu2 lam kls tu..
keh3:P

to iqa>>
ehh,
mksud aku, nk org yang bimbing aku.hehe.
tapi jika ditakdirkan aku yang kena bimbing dia, kena terima dgn qalbun saleem lah..heheh:)

syukran atas doanya!
<3
RuMaH TuA said…
ku fashe:-

Mantap! <3
Addien said…
Banyak entri senada ini dari teman akhowat :)...

p/s- jika soalan atiqa dimudahkan, insyaAllah yang dintanya akan mudah untuk memahami dan menjawabnya, :)

kama tadiin tudanu :)
Abd Razak said…
Assalamualaikum...

Bila difikirkan cinta dan dirinya jadi pemimpin, hendaklah ia itu ada baik rupanya, manis katanya

dan

hendaklah ia alim dan budiman serta arif dan bijaknya pada berkata-kata dan mengerti segala perkataan.

Lagi hendaklah ia ada benar juga akan kerjanya dan sungguh katanya dan banyak bicaranya dan kurang lobanya dan teguh agamanya dan suci pekertinya..

^_^ banyaknya DAN isk2
RuMaH TuA said…
Ad-dien:-

Belaja2 mnulis tntg ini... Huu... Permintaan dr rkn blogger yg len...
Nampak biasa sgt ye?

Itula... Ingat da mudah, tup2 tak... :-)

What u give, u get back... Cantik peringatan ni...

Moga Allah kasih.
Marina Ali said…
Assalamualaikum,mudah2han mendapat pasangan yang sekufu,sekufu hati(agama),fikir, n risau,mendapat pasangan yang saling menerima kekurangan dalam diri masing2,saling membahagiakan antara satu sama lain,jika ditegur,sentiasa berlapang dada dgn pasangan,bila menegur tegurlah dengan cara bijaksana n hikmah,jika ada kekusutan dlam hubungan panjatkanlah doa kepada Allah,InsyaAllah ada jalan penyelesaian,kerana kehidupan perkahwinan itu akan bermula disaat lafaz sakinah diucapkan,segala yang baik dan yang lemah akan tersingkap selepas perkahwinan,dan terimalah dia seadanya dgn penuh kesyukuran.Pasti Allah SWT akan menambah nikmatNya yang lebih lagi dan lagi.Jazakillah.:)
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waalaikumussalam...
Wah... Calon pimpinan hingga ke syurga ni... :-)
Loba? Btw, blh teka2 mksudnya...
Dan 2 tanda bermakna...

Moga Allah kasih.
Addien said…
Eh? maksud saya menerusi pepatah tu, kalau enti mudahkan soalan, insyaAllah saya juga mudah memahami dan menjawabnya..he :)

astaudi'u kumullah :)

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak
RuMaH TuA said…
Marina Ali:-

Waalaikumussalam..
Syukran2 ya Allah untuk pesanan... Sangat2 bermakna... Amin untuk doanya... Sebelum bernikah, perlunya mencari kematangan dalam diri untuk dijadikan bekal masa depan... Kerana bait muslim ini bukan suatu yang boleh dicuba2... Kan...

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Ad-dien:-

Nsyaallah, mksd awk 2 smpai... Hem.. Kita smpan je la soaln 2...

Moga Allah kasih.
SyaheeDah said…
^__^

(mohon izin wt hiwar skit kt cni)

hati kata :
cari, cari, & cari..
kaki kata :
dah la, biaq pi jela, tak larat dah..
klu ada,ada la..klu xada,nk wat lagu mana..

(wt sedih plk)..heee..

akhirnya, walau siapa, walau bgaimana si dia, diri harus dpersiapkan.

..jodoh & mati itu, bila2 sj akan menjemput..
RuMaH TuA said…
syaheedah:-

Sila2...
Hee... Cari pakai kaki naa...

Ya! Walaubagaimana pun dia,lantaran itu kehendakNya, usaha biar sama2 bahagia ke sana.

Nsyaallah.

Terharu! Sebab mengingatkan tuan blog tentang mati. Astaghfirullah...

Moga Allah kasih.
Egg Head said…
saya yang dapat bimbing saya...huhuhu.....perlukan bimbingan dan sokongan...lg n lg..sampai tiada lagi....
RuMaH TuA said…
Egg Head:-

Bimbingan dengan sokongan tu lain tau. Mudah2an Allah hanta yang terbaik buat en. Jabbar.


Moga Allah kasih.
AzwanRamli said…
Saling m'lengkapi...
RuMaH TuA said…
AzwanRamli:-

Makna kata "i bimbing u, u bimbing i"
Syukran kerana sudi komen di sini.

Moga Allah kasih.
Angah Rahim said…
Salam Rumah Tua:

Sukar nak bgi pendapat pasal ni (xpandai) tpi InsyaAllah setiap ketentuan itu ada hikmahnya...

Yang membimbing itu kena bimbing yang dibimbing dengan bimbingan yang betul dan benar yep! >_^

tpi mcm mak cik kte..jodoh tu akn crik kite?? ke kite crik jodoh?

haha...

Gud nyte, dear...^^
RuMaH TuA said…
Angah:-

Salam buat kartunis islami yg cute..
Apabila tiba masa, nsyaallah Allah akan beri kefahaman dan jalan pada yg minta... :-)

Gud morning dear..

Moga Allah kasih.
fuad ansari said…
pssstt kueh, ada maksud tersirat ka? habaq mai la.. (",)

kalaulah ada wanita yang sanggup istikharah buat dia yang telah bergelar suami, alangkah hebatnya wanita tersebut..

boleh dikatakan, perkahwinan itu merupakan satu perjalanan yang mana suami dan isteri saling bekerjasama dalam mencapai maksud kehidupan, yg akhirnya, sama2 terbimbing..

p/s: iqa dipilih sebagai pemenang soalan kuiz di blog saya .. sila emailkan resume anda... eh silap.. bagi alamat kat email saya erk.. nak bagi hadiah..

khoiroummat@yahoo.com.my

(",)
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari:-

Semuanya tersurat en. Fuad... :-)

Lebih hebat kiranya dia yg telah bergelar isteri mampu membantu suami berpoligami... (fuh!)
Mudah2an kita berkehendakan pada amalan agama kerana dgn itu penyebab Dia mengirim tarbiahNya buat kita. Kan...


Allah... Macam tak percaya la pulak... Syukran untuk itu... :-)

Moga Allah kasih.
Addien said…
baik, noted,
attamanna laka waqtan sa'ida, ma'assalamah. :)
RuMaH TuA said…
Ad - dien :-

Wa'alaika aidan. Syukran... :-)
LadyBird said…
kalau lady, lady mh yg membimbing.. ameennn..
RuMaH TuA said…
Ladybird:-

Nsyaallah, amin...

Moga Allah kasih.
Unknown said…
sedang fikir2 tentang cinta... luas makna cinta ni...
RuMaH TuA said…
Eeisyss:-

Ya... Sangat2 luas... Kita bebas menafsirkannya... Tapi cinta yg kekal hanya Dia... :-)

Moga Allah kasih.
#thelagidanlagi said…
ya tuhan kami , anugerahlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sbagai penyenang hati (kami) , dan jadikanlah kami pemimpin orang2 bertakwa. alfurqan 25 | ayat 74 .

moga Allah kasih :)
mselim3 said…
Bukan senang mahu buat yg kita x suka....cuma keimanan yang tinggi aje...poligami indah tp

Tanggungjawab 2 takut ...
ana sendiri takut x berlaku adil...
kita nie kan manusia biasa ...
mselim3 said…
Bukan senang mahu buat yg kita x suka....cuma keimanan yang tinggi aje...poligami indah tp

Tanggungjawab 2 takut ...
ana sendiri takut x berlaku adil...
kita nie kan manusia biasa ...
qalbunsaleem said…
assalamualaikum
nice post
Prophet s.a.w once said, "A woman is married for four things, i.e., her wealth, her family status, her beauty and her religion. You should marry the religious woman (otherwise) you will be a loser. "(Bukhari)
The same holds true when looking for a husband, as the Messenger of Allah (sallallahu alayhi was sallam) said, "When someone with whose religion and character you are satisfied asks to marry your daughter, comply with his request. If you do not do so, there will be corruption and great evil on earth. " (Tirmidhi)
may Allah bless us all with good spouses.. wallahua'lam
AienAiril said…
salam ukhuwah perkongsian yg menarik.
jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan buku2 menarik dari
ustaz riduan. semoga mendapat manfaatnya :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com
RuMaH TuA said…
Ahmad Farhi:-

Amin... Amin2 ya Allah...

Moga Allah kasih kita. (^-^)y


Mselim:-

key dia 'indah'.... ^^,
Allah Maha Mengetahui.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
qalbunsalim:-

Waalaikumussalam,,,
tq... meaningful...
may Allah bless us all with good spouses.. Amin~~~


Aien Airil:-

Salam ukhwah... Insyaallah... (^_^)

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...