Skip to main content

Posts

.:: Nikmat Kehidupan::.

Assalamualaikum,  Salam Kemerdekaan yang ke 65. Semoga Allah memelihara & merahmati Negaraku Malaysia tercinta.  ------------------- Duhai diri, Seberat apa pun ujian yang mendatangimu saat ini, Semoga terus berbaik dengan takdir, Berusaha menerimanya dalam keadaan terbaik, Takwa, sabar & redha. Insyaallah. Teruslah merayu rintih dengan Allah, Jujurlah dalam berharap, Semata-mata harap pada Allah, Pasti ada ikhtiar solusi masalahmu, Pasti. Yakin janjiNya. ------------------- Putrajaya 2022 Salam kemerdekaan.  

Muslimah Unicorn Birthday Party: Khadijah Sofea Turns 4

Assalamualaikum, Memori ditampal sebagai kenang-kenangan dengan my first born. Khadijah Sofea.  Andai ditanya mengapa menyambut kelahiran anak dengan begitu istimewa. Ya! Istimewa. Hari lahir hanyalah satu sebab untuk berkumpul dan merapatkan ukhwah berkasih sayang sesama ahli keluarga tercinta. Ya Allah terima kasih untuk anak ini. -------------------------------------- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyebut tentang PKP. Banyak yang ingin dikongsikan. Mungkin 1 post khas akan datang. HiHi. Tahun ini sambutan birthday Sofea jatuh dalam tempoh PKP. Awal PKP.  Planning nya sekeluarga menyambut di Hotel PNB Perdana Suite KL. Takdir Allah dalam pengetahuanNya, kita diuji dengan wabak Covid19 yang menyebabkan negara dalam tempoh berduka melalui ujian wabak ini. Semoga Allah akan wabak ini terus dari umat.  Birthday Party di rumah Nana Sofea akhirnya. -------------------------------------- Tema: Unicorn Perancangan berubah. Tetapi masih dengan tema yang sama. Permintaan ana...

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cint...

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

Wanita: Janda

Assalamualaikum.. Semoga sentiasa diberkati Allah. Sentiasa menjadi hamba bersyukur. ----------------------------------- Janda . Ada apa dengan janda.  Allahu Akhbar. Perceraian tidak terlepas dari ketentuanNya. Redha. Redha. Redha. Kerana itu membuka pintu-pintu kebahagian yang lain. Agama membenarkan kebuntuan dalam sebuah rumah tangga itu diselesaikan dengan perceraian. Menjadi janda bukanlah sebuah keaiban menurut agama. Walaupun begitu, agama melarang hukum nikah talak itu dipermainkan kerana itu syariat. Perhalusi niat & tujuan nikah. Menurut agama. Selamanya kerana agama. -------------------------------------- Mulia wanita. Selagi adab seorang muslimah itu dijunjung, Selagi itu kehormatannya terjaga. Selagi itu dia muslimah permata berharga. Walaupun seorang janda. Firman Allah, وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ “Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang...

Frozen Birthday Party: Khadijah Sofea Turns 3

Assalamualaikum.... Apa khabar semua?  Today juz nak share story birthday party anak dara i. Dah besar. Dah sekolah. Dah 3 tahun.  Khadijah Sofea -------------------------------------- Tema . Memang pilihan Sofea.  Cerita frozen pun berpuluh kali tengok dah. Buku frozen macam-macam jenis beli di Big Bad Wolf. So, memang diz year semua boleh nampak. Frozen. 26.3.2019 - actual bithday 24.3 okeh  ---------------------------------------------- Persiapan. Semenjak bersofea ni, memang every year birhday party ni acara wajib umi dah. So, dapat je theme umi terus senaraikan apa yang perlu ditempah dan dibeli. Ruang tamu rumah umi yang dah di hias sesuai dengan Frozen Theme. Belon haruslah! Birthday kan. Cantik tak sentuhan umi? --------------------------------------------- Kek . Kek tempah di ig break & fast. Theme frozen.  Umi order 3 kek bersaiz mini.  Total dalam RM105. 1 - Princess...

Sesuci Lebaran 2019 : Seribu erti Part 1

Assalamualaikum... Taqabbalallahu minna waminkum Minnal aidil walfaizin Maaf zahir Batin. -------------------------------------------------- Salam Aidilfitri buat semua. Penuh kegembiraan & kesyukuran. MasyaAllah. ------------------------------------------------- Aidilfitri 2019 Alhamdulillah. Aidilfitri tahun ini membawa erti yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum. Tambahan pula, semenjak berkahwin memasuki tahun ke7, ini merupakan Aidilfitri pertama di kampung sendiri. Seronok! Setelah hampir 9 tahun, semua ahli keluarga iqa dapat berkumpul kembali. Adik yang belajar di Beijing pon balik. Adik yang menetap di German pon pulang beraya. The best part is ada ahli baru. Penyejuk mata penawar hati kami semua. Khadijah Sofea Umar Alfarouq Istimewa sangat! ------------------------------------------------- Bayan Aidilfitri. Pagi selepas solat hari raya sebelum bersalaman, semua berkumpul duduk. Abah selaku ketu...

Salam Rindu

Assalamualaikum. Salam ramadhan buat semua.  Terus istiqomah dalam beramal.  sedikit tapi berterusan lebih baik dari banyak tapi jarang-jarang. ----------------------------------- Keinginan menulis kembali diruangan ini. Masa membataskan segalanya. Nikmat masa itu telah ditarik? ---------------------------------- Menjalani tugas sebagai seorang hambaNya. Seorang Isteri. Seorang anak. Seorang ibu. Seorang guru. Seorang peniaga. Tanggungjawab ini menghalang beberapa minat serta mengubah cara dan bentuk kehidupan itu. kan? Tapi, Hamdan Lillah.  Syukur! ---------------------------------- Banyak ruangan media sosial lain. Aktif di instagram. Tapi lain. Mungkin jiwa di sini.  Tulisan itu kekal & cantik di sini. Gittew. ---------------------------------- Mood: Rindu Blogging. (^^,)

Album: Ayer8

Assalamualaikum, Apa khabar semua? Harap semua sihat dalam lindungan Allah. ------------------------------------------- All i need is family. ------------------------------------------- Ayer8 Ayer8 putrajaya ni memang tempat riadah yang tenang je.  petang-petang bila baba free umi ajakla pergi. Dekat dengan rumah weols pulak tu. Baru nak warming up tu sofea. ^^, Weols selalu sangat ke ayer8 sebab dekat dengan rumah. Cantik & banyak restoran. (hahaha) well, ni syndrome mak2 yg tak habis-habis snap gamba anak. Loving sangatla weols ni. tq la baba sebab sentiasa jadi photographer terbaik umi.  candid: baba seronok berlari berkejaran ek ^^, Merenung masa depan ke anak? Sofea asyik hisap jari tym ni sebab 4 gigi geraham (betul ka eja?) nak tumbuh.  Hijabista sangat anak umi ni. keh3 Takut kasut kotor ke yayang? Tak pe nt baba beli lain. kih3 Cinta hati umi & baba.

Cinta pada Isteri Orang

MENCINTAI ISTERI ORANG CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL  CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM . Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga. Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 ) Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan m...