Skip to main content

.:: IbAdAh HaTi VS IbAdAh FiZiKaL ::.



~ Assalamualaikum…

~ Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir Yang ke 20 buat UMMU AIMAN SEMAN.

~ Sahabat dunia & akhirat.

~ Moga – moga Allah permudahkan urusan dunia & akhiratnya.

~ Minta doa dari semua juga.



~ Selamat Hari Lahir Ummu...



Jadi, Insyaallah sedikit perkongsian pada kali ini mengenai ibadah hati yang mana ia dapat membesarkan ibadah fizikal.
Contoh mudah, niat.
Niat memiliki satu ‘gerbang’ yang bermakna dalam perkara menggandakan pahala ibadah – ibadah fizikal kita, paling malang kadang – kadang ibadah – ibadah ini hampir tidak sah tanpa kehadirannya. Allahu Akhbar!!!

Ingatlah,
“terdapat banyak amalan yang sedikit menjadi besar kerana niat dan banyak sekali amalan yang besar menjadi sedikit kerana niat”

Oleh itu, saya dan anda semua dapat lihat niat merupakan amalan hati yang murni, yang tidak boleh dilakukan oleh anggota – anggota tubuh lain.



Contoh lain,
“Jika seseorang itu mati sedangkan dia itu belum pernah berjihad dan hatinya tidak pernah berniat untuk itu maka dia mati di atas salah satu cabang kemunafikan”.

Selain itu, kita juga tahu, ibadah hati sentiasa bergerak walaupun ketika kita bekerja, sakit atau sihat. Tetapi ibadah fizikal itu terputus apabila kita tidur, menyempurnakan tugas duniawi, menyempurnakan hajat diri & keluarga….

Ibadah hati juga Allah berikan kepada hamba – hamba Nya yang mencintai, merindui dan mengagungkanNya di syurga nanti.
Ibadah fizikal tidak ada disyurga melainkan tasbih yang termasuk dalam ibadah hati.

P/S:- “Hati adalah Raja pada yang lain”

Ditulis di,

Comments

assalamualaikum..memang benar,niat merupakan asas yang penting dalam melakukan sesuatu perkara. melalui niatlah ia mencorakkan kita ke arah kebaikan @ keburukan. Oleh itu, peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 betulkan niat kita dalam melakukan apa jua pekerjaan. YANG PENTING NIAT KITA HENDAKLAH SENTIASA BETUL...
Anonymous said…
sukran sahabatku..ummu aiman :)
RuMaH TuA said…
Muhammad Sukri:-
~Wa'alaikumussalam...
~Syukran untuk perkongsian...

"sama2 semak niat"

Insyaallah..
RuMaH TuA said…
UmmuAiman:-
Afwan... (",)
superman said…
salam ziarah
nice blog + asmaallah by sami yusuf
masyaallah

http://hapeace93.blogspot.com/
RuMaH TuA said…
superman:-
syukran~~
&
salam juang...
RuMaH TuA said…
menusuk hati:-
syukran,
Insyaallah...
Lillahi ta'ala..
Al - Mu'allim said…
salam 'alaik.

Benar, niat memainkan peranan besar. Selalulah ikhlaskan diri.

Juga niat utk lakukan perkara ibadah, sekurang-kurangnya dh dpt pahala dh kn.

Ibadah hati paling sukar dilakukan. Mana mungkin kita mencintai dan merindui ALlah sedang dalam masa yang sama juga kita melakukan maksiat.

wallahu a'lam
RuMaH TuA said…
Al-Mu'allim:-
Syukran....

Insyaallah...
Sama2 kita doa Allah sentiasa dihati...
Anonymous said…
Hatiku begini...
Hatimu bagaimana?
ummu said…
assalamualaikum ukhti fidd din
alhamdulilah Ummu Aiman mempunyai sahabat sepertimu
semoga ukhuwah diredhai Allah selalu.
RuMaH TuA said…
ummu:-
~wa'alaikumussalam...
~Syukran atas doanya...
Anonymous said…
Ibnu Ajibah berkata :
"Orang yang mempelajari tasauf tanpa fekah menjadi kafir zindik kerana dia mengucap dengan cara terpaksa tanpa mengetahui hikmah dan hukum-hukumnya. Manakala orang yang belajar fekah sahaja tanpa tasauf menjadi fasik kerana dia beramal tanpa memberikan sepenuh tumpuan, hati dan perasaannya kepada Allah. Ini menyebabkan amalannya tidak ikhlas."
RuMaH TuA said…
Anonymous:-
Syukran untuk perkongsian...
Semoga sentiasa hidup dalam hidayah Allah...
ar-rijal said…
niat lahir dari hati...hati raja segala anggota....
RuMaH TuA said…
ar-rijal:-

Pastikan raja yang adil & saksama....
(^-^)

Popular posts from this blog

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.

Assalamualaikum... Moga hanya yang baik-baik dari Allah. --------------------------------- Saat manusia memandang kepada luaran. Hanya Allah sebagai penilai. --------------------------------- Segmen Saya Follow U, U Follow me. --------------------------------- Sebab bersegmen. 1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox. Terutama ayat 'kalau ader kesudian'. (^__^)y Oh no... Oleh sebab ayat ni juga,  sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi. Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali. (^_^)y 2. Baru perasan. Selalu blogwalking ke blog mselim3. Klik link segmen follow mengfollow ni. Senyum jela sebab yakin da follow. Then, da masuk blog orang tu. Saja-saja klik butang follow. Nak pastikan da follow. Apanye... La... Belum follow rupanya. Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow. Ehem! Sedang kita memang duk follow. Kan. Kan. Ek.#!^$ ---------------...

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3 Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama. Any ques? p/s:- Selamat Berpuasa.... Ditulis di,