Skip to main content

.:: PeRmiNtaAn BuaT SeMuA PeMbACa ::.

Bismillahirohmanirrahim…

Salam buat semua pembaca – pembaca blog BaiTiL a’TiQa yang sentiasa dikasihi Allah.
Insyaallah, pada hari ini tiada sebarang perkongsian ilmu tetapi lebih kepada perkongsian rasa & permintaan saya kepada pembaca sekalian.

Mudah – mudahan ada kebaikan yang Allah sediakan buat kita.

Saya telah masukkah satu puisi yang dulunya dikirim oleh salah seorang sahabat saya kepada saya dikala saya dalam satu permasalahan dunia sebagai tanda ingatan.

Jadi, dengan rasa yang sama, kasih yang sama, cinta yang sama, akidah yang sama, maka saya titipkan puisi yang sama buat sahabat yang gundah hatinya, yang sedang berjuang untuk pulihkan jiwa….


Titipan khas buat Sahabat,

Zati Bayani Mohd Jaafar (Allah sentiasa berada bersama kita, kuatkan jiwa)

Ku Fasehah Ku Zahari (Ujian & cubaan yang diberi tanda kasihNya)


PUISI ( SAHABATKU)

sahabatku………
seberat apapun masalahmu,
sekelam apapun beban hidupmu,
jangan pernah berlari darinya,
ataupun bersembunyi,
agar kau tak akan bertemu dengannya,
atau agar kau bisa menghindar darinya,
kerana sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari,
dan sedalam apapun kau bersembunyi,
dia pasti akan menemuimu,
dalam sebuah episod kehidupanmu……

sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang,
persilakanlah ia masuk dalam bersihnya rumah hati,
dan menggilapnya lantai nuranimu,
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi,
ajaklah ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran,
ditambah sedikit pengat keteguhan….

sahabat…….
dengan begitu,
sepulangnya ia dari rumahmu,
akan kau dapati,
dirimu menjadi susuk yang tegar,
dalam semua keadaan,
dan kau pun akan mampu dan lebih berani,
untuk melewati lagi deraan kehidupan,
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin kuat bertahan,
kala badai cubaan itu menghentam…..

Sahabatku…
Aku mencintaimu kerana Allah…


PERMINTAAN BUAT PEMBACA – PEMBACA BLOG


Pembaca – pembaca yang dirahmati Allah,

~ Doa dipohon buat diri & rakan – rakan seperjuangan (yang hampir – hampir lemas dalam masalah dunia).

~ Doa dipinta supaya iman & amal meningkat seterusnya dapat kekal & usaha atas iman.

~ Doa juga buat seluruh umat.

Syukran – syukran ya Allah…

Mudah – mudahan Allah sentiasa letakkan kita dalam hidayahNya.


P/S:- “Masalah dunia tidak akan selesai selagi roh dalam jasad”




Ditulis di,

Comments

~kueh~ said…
salam alaik iqa~~
mudah2an diringankan beban ini..
:)
Insya-Allah..
SYUKRAN buatmu, sahabatku!!
semoga Allah meredhai langkah kita ke jalanNya biarpun duri ujian tajam xterhingaa...
mudah2an~~
RuMaH TuA said…
Wa'alaikumussalam...
Allah dihati...
Afwan...
Kuat... & kuat...
Amin~~~
mariah said…
Kita sama-sama doakan.. berat bagi mereka, itu juga yg kita rasai walau tak pernah bersua muka.. kerana kita 1 umat islam.
RuMaH TuA said…
Ibnu Mutalib:-
Wa'alaikumussalam...
RuMaH TuA said…
Mariah:-
~ Syukran untuk doa...
~ Semoga Allah kurniakan kebaikan kepada kita...
~ Amin~~~
Anonymous said…
sabar pasti ada ganjaran disebaliknya -ami-
hakimi said…
coretan yang bagus..
tinta yang membawa kebaikan..
semoga sentiasa mendapat berkat daripada ALLAH atas usaha yang akan ditimbang oleh ALLAH walaupun seberat zarrah..
RuMaH TuA said…
hakimi:-
Syukran atas doanya...
Semoga kita terus kekal dalam hidayahNya...
Amin~~~
Iman said…
salam...
ia rumah tua, selagi jasad bersama roh, masalah tidak pernah juga lekang dr kita...
semoga pembaca-pembaca semua di kuatkan iman dlm menghadapi situasi ini..
amiin/.
RuMaH TuA said…
Iman:-
Amin~~~
Insyaallah...
Al - Mu'allim said…
salam 'alaik

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan redha Allah dan sentiasa istiqamah dalam setiap amalan.

Moga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.
RuMaH TuA said…
Al-Mu'allim:-
Syukran atas doanya...
Amin~~~

"Allah dihati"
||aLeaSaRa|| said…
slm sggh hari ahad.alhamdulillah..marilah kite semua mengamalkan zikir Asma Ul husna dlm kehidupan.Smga hidup sis hr ni Allah permudahan urusan amin
Qawiem Khairi said…
moga Allah kuatkan kita juga sahabat2 kita. Ya Allah, teguhknlah hati2 kami. Amin.
RuMaH TuA said…
aleaSara:-
Syukran sudi singgah sini...
Singgah lagi...
Nsyaallah, sama2 amal & hayati sifat2 kesempurnaanNya.
Syukran atas doanya...
Amin~~~~

~MQ~:-
Syukran...
Amin~~~
ABU SAFFIY said…
SALAM IQA NI PERCUBAAN ENTAH BETUL ENTAH TIDAK,SEMOGA BERTEMU DGN LAILATUQADAR JGN LUPA LUPA UTK ABU SAFFIY
RuMaH TuA said…
Abu Safiyy:-

Sampai juga ke blog iqa...
(^-^)
Amin~~~~~

Popular posts from this blog

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...